Isnin, 25 Januari 2010

Komander Amal Tanjung Malim Ditimpa Malang

Saturday, January 23, 2010, Rumah yang baru setahun diduduki musnah terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi. Rumah ibu kepada Komander Amal Kawasan Tanjung Malim, Saudara Azmi Abu Bakar hangus kira-kira jam 12.30pagi.
Namun begitu tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketika kejadian hanya adik beliau yang berada di rumah tersebut yang mana ibu beliau berada dirumahnya sementara menunggu beliau pulang dari tugasan Amal di Slim River.
“Alhamdulillah semua selamat, adik saya ada masalah mental, mujurlah dia boleh buka pintu dan berlari keluar.” Ujar beliau. Tambahnya lagi, kebakaran mungkin disebabkan api lilin ataupun dapur.
Jabatan Amal dan wakil kawasan yang baru selesai mengendalikan ceramah Anwar Ibrahim bergegas ketempat kejadian sebaik mengetahui berita tersebut. Bagi pihak Jabatan Amal Negeri Perak kami mengucapkan takziah kepada beliau. Pastinya kejadian ini ada hikmahnya. Apabila kuat iman seseorang maka makin besarlah cubaan dan ujian yang datang dan bilamana dapat diharungi dengan baik sesungguhnya besarlah kurniaan Allah kepadanya.

Khamis, 21 Januari 2010

ELAUN KAKITANGAN AWAM AKAN DIPOTONG & DIMANSUHKAN?

SUMBER: DUNIACACAMARBA.blogspot.com

Rupa-rupanya khabar angin yang saya dengar sejak beberapa minggu yang lalu, nampaknya akan menjadi realiti jika maklumat dalam artikel di bawah ini bersumberkan maklumat yang sah.

Bayangkan kesengsaraan kakitangan awam jika hal ini menjadi realiti?

Saya tidak mahu mengulas lanjut, cuma ingin bertanya: teruk sangatkah ekonomi negara? (rasa macam orang bodoh apabila menimbulkan persoalan ini, sebabnya) Sebelum ini PM 1Malaysia berkali-kali menegaskan bahawa ekonomi negara kita tidak terjejas. Takkan sekelip mata ekonomi negara merundum, terjelepok macam nangka busuk jatuh ke tanah? (rasa macam orang bodoh juga apabila menimbulkan persoalan ini).

Ke mana duit royalti minyak yang diterima oleh kerajaan daripada Petronas? Jumlah duit Petronas yang diterima oleh kerajaan pada zaman PM 1Malaysia tidak diketahui jumlahnya, tetapi khabarnya pada zaman PM Islam Hadhari, negara menerima sebanyak RM270 BILION duit daripada Petronas selama 5 tahun pemerintahannya. Bermula dari zaman Tun Hussein, Tun Mahathir, hinggalah zaman Tun Abdullah, Petronas dikatakan telah menyumbang sebanyak RM456 BILION kepada kerajaan. Itu duit hasil Petronas, belum lagi menyelongkar hasil kerajaan yang lain.

Takkan duit sebanyak itu sudah habis hilang entah ke mana sehingga lebih 1.2 juta kakitangan awam dan 26 juta rakyat Malaysia yang lain menanggung akibatnya kerana salah tadbir kewangan negara? Hal yang diberitakan di bawah ini berkaitan dengan nasib kakitangan tetap kerajaan. Kakitangan kontrak pula jangan ambil mudah tentang berita tersebut. Nasib anda mungkin lebih parah, bagai telur di hujung tanduk.

Bagaimana pula kesannya dengan tindakan menarik atau mengurangkan subsidi/bantuan pelbagai barangan dan perkhidmatan penting di negara ini? Hal ini sudah tentu melibatkan semua warganegara Malaysia.

Peliknya, dalam keadaan "gawat" ini, parti PM 1Malaysia yang memerintah negara ada banyak pula duit untuk menjayakan program "Juara Rakyat"nya. Bertambah pelik, sekejap jadi pejuang rakyat, sekejap jadi pengikis wang rakyat.

Saya mengharapkan berita ini hanyalah mimpi ngeri (bukan sikit yang melayang, tetapi jumlah yang bakal "terbang" agak banyak) dan bukannya realiti. Jika BENAR, tahniah kepada pendokong semangat 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, takziah kepada kakitangan awam yang beraliran sebaliknya.



COLA dan Elaun Rumah Sudah Pasti Akan Dipotong
[BO] – Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.

Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.

Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.

Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, pihak sekolah juga turut terbeban dengan ‘cakap tak serupa buat’ pemimpin Umno/BN apabila mengarahkan caj penggunaan air dan elektrik, ditanggung sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.

Sebelum itu, kata beliau, pengwujudan semula yuran sekolah bagi para pelajar yang telah dihapuskan beberapa tahun lalu, telah cukup memalukan.

”Kini pelbagai beban terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, krana banyak peruntukan yang biasa di berkian kepada pihak sekolah mula dpotong.

”sudahlah menanggung beban pelbagai masalah sosial dan disiplin murid, guru-guru disekolah kini diminta ‘menggalas’ kegagalan seorang Menteri Kewangan.”katanya dengan nada kesal.

Apabila ditanya, adakah para guru sanggup tuun ke jalanraya menuntut segala hak-hak sebagai warga pendiikan dari kerajaan Umno/BN beliau menjawab; “Tunggu masa dan ketika yang sesuai!”.

Jumaat, 15 Januari 2010

ENJIN JET: JANGAN BAGI KAMI PENING LAGI..

Enjin F-5E: Dari Kuala Langat Ke Putrajaya

from Perisik Rakyat® by Topeng Perak® Unmasked

Berita awal - KUALA LANGAT 20 Dis. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah mengambil tindakan terhadap 'orang dalam' yang terlibat dalam kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Berita seterusnya - KUALA LUMPUR 6 Jan. - Nilai sebenar untuk sebuah enjin pesawat tempur, F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hanyalah antara RM8.5 juta hingga RM28 juta.

Berita terkini - PUTRAJAYA 7 Jan. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan nilai sebenar sebuah enjin pesawat F5-E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk 'afterburner' ialah RM303,570.

*YANG AKU HAIRANNYA NILAI SEBENARNYA BERAPA? SAT KATA RM50JUTA, PASTU RM28 JUTA, PASTU TURUN PULAK SAMPAI RM303,570.. KORANG INGAT AKU NI BANGANG SANGAT KA.. JANGAN MAIN-MAIN..

GURU SEDIA JUAL BURGER DI ASRAMA..!

from alkerohi by AFRAR YUNUS

Apabila ada pihak mengatakan MARA terpaksa memotong peruntukan untuk pinjaman dan biasiswa untuk anak-anak kita kerana kerajaan hampir kehabisan dana, ada pemimpin kerajaan menafikannya.

Terbaru, dikatakan pelajar-pelajar Asrama Penuh tidak akan disediakan makanan pada dua hari di hujung minggu.

Mana mereka nak cari makan ?

Ada beberapa orang kawan menelefon memberitahu, sudah ada guru-guru yang bersedia untuk menjual mee, burger dan bermacam lagi di kawasan asrama sekolah. Mungkin akan tumbuh Medan Selera Sekolah Tun Abdul Razak, sebagai contohnya.

Itupun jika ada kebenaran dari Muhyiddin Yassin. Dibuat kroninya sahaja yang mendapat habuan, maka gigit jari-jemari guru-guru yang sudah bersedia ke garisan itu.

Apa pun, ramai yang tertanya-tanya, mahu bangkrapkah Malaysia.

Esok lusa akan kedengaran pula masalah sosial naik dengan mendadak akibat ramai pelajar berhenti dan diberhentikan sekolah.

Ibubapa di Baling, Keroh, Cerok Tok Kun dan beberapa daerah lain telah mula melahirkan kebimbangan tentang masa hadapan anak-anak mereka.

Betulkah sudah sampai masanya anak-anak kita akan menghadapi saat genting seperti itu?

Pandangan Kedua: Artikel Ust. Nasruddin Tantawi

Seorang Pelayar Blog merujuk kepada artikel Nasruddin Tantawi bertajuk :

Kalimah Allah dan Syariat Allah

Point #1: Ayat2 yang dinaqal oleh Ustaz Nasruddin Tantawi tidak tersabit mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh kaum bukan Islam. Ayat2 yang dipetik oleh Ustaz Nasruddin Tantawi hanya membuktikan betapa perbuatan mensyirikkan Allah itu DIMURKAI oleh Allah.
Kalau orang Kristian dan Yahudi tidak mempercayai Allah yang sama dengan kita, bagaimanakah kita hendak kata mereka telah melakukan syirik?

Ayat-ayat yang dipetik oleh ustaz Nasruddin Tantawi adalah :
1.0 Firman Allah swt :


و قالوا اتخذ الرحمن ولدا لقد جئتم شيئا إدا تكاد السموات يتفطرن منه و تنشق الأرض و تخر الجبال هدا أن دعوا للرحمن ولد

dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak .

أئنكم لتشهدون أن مع الله ءالهة أخرى قل لا أشهد قل إنما هو اله واحد وإنني برئ مما تشركون

Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt .

Saya tidak nampak walau satu pernyataan dari Allah SWT mengharamkan orang Kristian dan Yahudi menggunakan nama Allah dari kedua-dua ayat di atas.

ADA ATAU TIDAK ULAMA2 TERDAHULU MENGHARAMKANNYA?

Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, saya memohon supaya Ustaz Nasruddin Tantawi dapat menaqal mana-mana kitab tafseer atau feqah yang muktabar yang mengharamkan penggunaan nama Allah oleh kaum Yahudi dan Nasrani berdasarkan kedua-dua ayat di atas.

Ataupun, Ustaz Nasruddin Tantawi merasakan beliau adalah seorang yang bertaraf mujtahid-mufaseeren yang mampu mengistimbat hukum terus dari Al quran?

Harus diingat orang Yahudi dan Nasrani telah menggunakan nama Allah di zaman ulama-ulama besar dalam sejarah Islam masih hidup seperti Imam Syafiee, Imam Ahmad, Imam Malik dsbnya. Malahan sewaktu ulama-ulama besar Sepanyol juga masih hidup seperti anak-anak murid Imam Malik, Ibnu Hazm, Imam Qurthubi dan sebagainya.

Sekiranya perkara ini haram PASTI kita akan jumpa pengharamanya dalam kutub tulisan ulama2 besar ini (rahmatullahi alai hum). Ustaz Nasruddin Tantawi sebagai seorang yang mengaji di Azhar sudah pasti dengan mudah dapat menaqal pendapat ulama2 besar ini dalam tulisan beliau.

Bagi saya lebih selamat kita bersandar kepada pendapat Imam-imam yang muktabar. Dan sekiranya ada pendapat mengharamkan Kristian dan Yahudi menggunakan nama Allah, sudah tentu kita akan jumpa dalam kitab2 Tafseer dan Feqah yang muktabar.

Ini kerana kaum Kristian telah menggunakan nama Allah semenjak zaman Nabi SAW. Kristian Koptik di Mesir menggunakan nama Allah semenjak lebih 1000 tahun dahulu. Hampir-hampir sama umur dengan Universiti Al Azhar sendiri.

Ertinya ia bukan perkara baru dalam Islam dan pasti ianya terkandung dalam kutub ulama2 besar yang terdahulu. Lainlah kalau kita nak bincang pasal hukum Amanah Saham Bumiputra. Yang ni, bukaklah semua kitab2 lama pun, kita takkan jumpa hukum nya.

Bayangkan, kalau perkara “Ribath” (tempat mandi umum) pun ada hukum yang kita boleh baca dari tulisan-tulisan ulama besar2 terdahulu, inikan pula perkara besar macam kalimah Allah. Sudah tentu pengharamannya memenuhi kutub ulama2 besar terdahulu.

SAYA TAK BERANI BERLAGAK PANDAI. SAYA JAHIL DALAM AGAMA

Saya sendiri pada mulanya mahu mengambil sikap menentang penggunaan kalimah Allah oleh kaum Katholik. Tapi, saya berfikir kembali, siapakah saya ini berbanding dengan ulama-ulama besar yang terdahulu? Kalau ulama-ulama terdahulu tidak mengharamkan, siapakah saya hendak menunjuk pandai?

Maka, saya mengambil sikap untuk tidak meneruskan sikap ini dan menukar sikap saya. Saya takut dituduh sebagai angkuh dan sombong dengan membelakangi ulama-ulama besar yang terdahulu seperti Ibnu hazm yang tinggal di Sepanyol.

Saya juga sedar ilmu saya rendah dan saya tak boleh sampai ke tahap MUJTAHID dapat mengistimbat hukum terus dari Al Quran dan Sunnah.

BEBERAPA HUJJAH HUKUM SYARIAH YANG SAYA HADAPI

Di dalam Facebook ada seorang pengunjung telah memberikan alasan “Sadd Zari'ah”. Secara mudahnya ia bererti mengharamkan perkara yang bakal membawa umat Islam kepada melakukan perkara haram. Maka saya berkata kepada pengunjung facebook saya, setakat ini kalimah Allah telah digunakan di Sabah dan Sarawak semenjak sebelum Merdeka lagi. Bolehkah beliau membawa bukti telah berlakunya murtad kepada umat Islam hanya kerana orang Kristian Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah “Allah”? Beliau tidak mampu memberikan apa-apa bukti.

Dan kaedah ini juga tidak releven lagi sebab kalimah Allah telah pun digunakan oleh orang Kristian di Sabah. Bukan benda baru.

Ada pula yang menggunakan alasan “Siyasah Syariyyah”. Tapi, mereka yang menggunakan alasan ini tidak dapat memberikan huraian yang jitu dan terperinci. Perkataan Siyasah Syariiah ini luas dan terbuka kepada banyak ijtihad dan tafsiran. Jadi, sekadar menyebut perkataan “Siyasah Syariiah” sahaja tidak mencukupi untuk menjadi alasan menolak kebenaran orang Katholik menggunakan kalimah Allah.

Harus diingat bahawa “Siyasah Syariiah” serta “Saad Zariah” bukanlah sumber hukum syariah yang disepakati oleh semua ulama. Ianya masih khilaf.

Sebagai penutup, kalau Ustaz Nasruddin dapat membawa pendapat ulama2 besar yang muktabar terdahulu mengharamkan penggunaan kalimah Allah, nescaya saya akan mengubah pendirian saya sama sekali.

Saya berpegang dengan kata-kata guru saya sewaktu membandingkan diri beliau dengan Imam Syafiee. Beliau kata kalau beliau ngaji 100 tahun pun ilmu beliau tak sampai ke tahap ilmu Imam Syafiee. Dan beliau ini telah mengaji lebih 100 shuyukh dan 51 darinya beliau mendapat “ijazah” terus dari shuyukh tersebut.

Wallahualam

Tulang Besi
________________________________________________________


Kalimah Allah dan Syariat Allah

1. Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka .

2. Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini , bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :

قل هو الله أحد الله الصمد لم يلد و لم يولد و لم يكن له كفوا أحد

Katakanlah [ Wahai Muhammad ] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [ Allah ] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya .
Surah al Ikhlas : 1-4

3. Sesiapa pun [ muslim atau non muslim ] yang mahu menggunakan kalimah Allah mestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya . Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [ mensyirikkan ] Allah swt . Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : " Allah itu ada anak " dan seumpamanya . Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [ non muslim atau muslim ] yang berkata demikian .

4. Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [ dengan berkata Allah mempunyai anak ] , maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [ menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain ] Firman Allah swt :

و قالوا اتخذ الرحمن ولدا لقد جئتم شيئا إدا تكاد السموات يتفطرن منه و تنشق الأرض و تخر الجبال هدا أن دعوا للرحمن ولد

dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak .
Surah Maryam : 88 - 91

أئنكم لتشهدون أن مع الله ءالهة أخرى قل لا أشهد قل إنما هو اله واحد وإنني برئ مما تشركون

Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt .
Surah Al An'am : 19

5. Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [ seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas ] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran :

ولئن سألتهم من خلق السموات و الأرض و سخر الشمس و القمر ليقولن الله فأنى يؤفكون

dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran .
Surah al Ankabut : 61

Sekitar pemafahaman dari ayat ini :

a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .

b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .

c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar.]

d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?

e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [menggunakan kalimah] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .

6. Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [seperti menduakan Allah swt] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .

7. Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu . Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut . Kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt . termasuk PAS .

8. Terlalu banyak aktiviti dalam negara kita yang bertentangan dengan syariat Allah . Mengalungkan bunga ke tugu kebangsaan sebagai contoh , telah jelas ada fatwa dari majlis fatwa kebangsaan , tetapi kerajaan masih mengamalkannya saban tahun . Tiada pula amukan dari PERKASA untuk membantah amalan itu . Sedang itu secara terang terangan menghina majlis fatwa dan menghina agama Allah . Apakah kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku muslim maka ia tidak diambil endah ?

9. Al Amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar sebagai asas sebuah pemerintahan Islam tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab dalam negara kita . Terkadang seperti sengaja mereka mahu memperkecilkan ajaran Islam . Mereka buat tempat maksiat seperti kelab - kelab malam yang bercambah lalu mereka melantik pencegah maksiat supaya membuat operasi sesekali dihujung hujung bulan .

10. Bukankah ini satu persendaan ? mereka buat masjid mereka juga buat kelab malam . Mereka buat musabaqah al Quran mereka buat juga pertandingan ratu cantik . Mereka buat universiti Islam , mereka juga buat akademi fantasia . Mereka memberi sumbangan kepada fakir miskin , mereka juga melakukan rasuah dan membolot harta kekayaan negara. Mereka bukan buat amar makruf Nahi Mungkar tetapi Amar Makruf Amar Mungkar. Ini satu persendaan kepada syariat Allah swt . Ini juga mesti ditentang dan ditolak .

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 16:29

BOIKOT KFC MALAYSIA : TINDAKAN BIJAK ATAU TIDAK?


Kebenaran Tanpa Penghujung

Oleh Muhammad Azli Shukri

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Pemilik KFC Malayisa) sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

*Benar atau tidak berita ini...wallahuallam.. tetapi mengikut sumber-sumber yang dipercayai ia benar!..

Selasa, 22 Disember 2009

HUKUMAN HUDUD DI SOMALIA

Penduduk lihat hukuman rejam

MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.
Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.
"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.
"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya. "Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan. "Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.


Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan. "Ini merupakan hari penghakiman, " kata Osman kepada orang ramai.
"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir. Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati. "Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow. Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi