Khamis, 21 Januari 2010

ELAUN KAKITANGAN AWAM AKAN DIPOTONG & DIMANSUHKAN?

SUMBER: DUNIACACAMARBA.blogspot.com

Rupa-rupanya khabar angin yang saya dengar sejak beberapa minggu yang lalu, nampaknya akan menjadi realiti jika maklumat dalam artikel di bawah ini bersumberkan maklumat yang sah.

Bayangkan kesengsaraan kakitangan awam jika hal ini menjadi realiti?

Saya tidak mahu mengulas lanjut, cuma ingin bertanya: teruk sangatkah ekonomi negara? (rasa macam orang bodoh apabila menimbulkan persoalan ini, sebabnya) Sebelum ini PM 1Malaysia berkali-kali menegaskan bahawa ekonomi negara kita tidak terjejas. Takkan sekelip mata ekonomi negara merundum, terjelepok macam nangka busuk jatuh ke tanah? (rasa macam orang bodoh juga apabila menimbulkan persoalan ini).

Ke mana duit royalti minyak yang diterima oleh kerajaan daripada Petronas? Jumlah duit Petronas yang diterima oleh kerajaan pada zaman PM 1Malaysia tidak diketahui jumlahnya, tetapi khabarnya pada zaman PM Islam Hadhari, negara menerima sebanyak RM270 BILION duit daripada Petronas selama 5 tahun pemerintahannya. Bermula dari zaman Tun Hussein, Tun Mahathir, hinggalah zaman Tun Abdullah, Petronas dikatakan telah menyumbang sebanyak RM456 BILION kepada kerajaan. Itu duit hasil Petronas, belum lagi menyelongkar hasil kerajaan yang lain.

Takkan duit sebanyak itu sudah habis hilang entah ke mana sehingga lebih 1.2 juta kakitangan awam dan 26 juta rakyat Malaysia yang lain menanggung akibatnya kerana salah tadbir kewangan negara? Hal yang diberitakan di bawah ini berkaitan dengan nasib kakitangan tetap kerajaan. Kakitangan kontrak pula jangan ambil mudah tentang berita tersebut. Nasib anda mungkin lebih parah, bagai telur di hujung tanduk.

Bagaimana pula kesannya dengan tindakan menarik atau mengurangkan subsidi/bantuan pelbagai barangan dan perkhidmatan penting di negara ini? Hal ini sudah tentu melibatkan semua warganegara Malaysia.

Peliknya, dalam keadaan "gawat" ini, parti PM 1Malaysia yang memerintah negara ada banyak pula duit untuk menjayakan program "Juara Rakyat"nya. Bertambah pelik, sekejap jadi pejuang rakyat, sekejap jadi pengikis wang rakyat.

Saya mengharapkan berita ini hanyalah mimpi ngeri (bukan sikit yang melayang, tetapi jumlah yang bakal "terbang" agak banyak) dan bukannya realiti. Jika BENAR, tahniah kepada pendokong semangat 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, takziah kepada kakitangan awam yang beraliran sebaliknya.



COLA dan Elaun Rumah Sudah Pasti Akan Dipotong
[BO] – Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.

Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.

Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.

Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, pihak sekolah juga turut terbeban dengan ‘cakap tak serupa buat’ pemimpin Umno/BN apabila mengarahkan caj penggunaan air dan elektrik, ditanggung sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.

Sebelum itu, kata beliau, pengwujudan semula yuran sekolah bagi para pelajar yang telah dihapuskan beberapa tahun lalu, telah cukup memalukan.

”Kini pelbagai beban terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, krana banyak peruntukan yang biasa di berkian kepada pihak sekolah mula dpotong.

”sudahlah menanggung beban pelbagai masalah sosial dan disiplin murid, guru-guru disekolah kini diminta ‘menggalas’ kegagalan seorang Menteri Kewangan.”katanya dengan nada kesal.

Apabila ditanya, adakah para guru sanggup tuun ke jalanraya menuntut segala hak-hak sebagai warga pendiikan dari kerajaan Umno/BN beliau menjawab; “Tunggu masa dan ketika yang sesuai!”.

1 ulasan:

  1. sekarang dah bulan jun..saya masih lagi menerima elaun sara hidup...sudah2la menyebarkan khabar angin yang sendiri pun tak pasti kesahihannya...

    BalasPadam