Rabu, 19 Ogos 2009

PERMOHONAN SUMBANGAN IKHLAS


Kami di Jabatan Amal Negeri Perak memohon sumbangan ikhlas semua muslimin dan muslimat yang bermurah hati untuk menyumbang kepada Tabung Dana Jabatan Amal Negeri Perak untuk kami gunakan sebagai dana menampung kos pentadbiran, kebajikan dan latihan.

Untuk pengetahuan semua, kami di Jabatan Amal Negeri Perak hari ini amat memerlukan bantuan semua muslimin dan muslimat diseluruh negara untuk menyumbang ke akaun kami demi menampung perbelanjaan sewa 'Rumah Amal Perak' yang terletak di Sg.Rapat (Kawasan Gopeng) Perak. Rumah Amal Perak ini disewa untuk menjadi markas pentadbiran, logistik dan latihan Jabatan Amal Perak. Dahulunya rumah tersebut adalah pusat operasi Yayasan Amal Malaysia dimana kami Jabatan Amal Negeri Perak hanya menumpang berteduh disalah sebuah bilik sahaja disitu, namun mulai Julai 2009 yang lalu rumah tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Amal Negeri Perak dan segala bayaran sewa dan bil adalah tanggungan jabatan kami.

Dengan dana yang terhad kami menghadapi masalah kewangan untuk bayaran sewa dan overhead. Selain itu kami juga mempunyai sebuah bas mini (coaster), kereta, dua buah bot (beserta enjin) dan lain-lain aset yang perlu kami selenggarakan setiap bulan. Itu tidak termasuk sumbangan kebajikan kepada ahli keluarga anggota-anggota kami yang kehilangan pekerjaan, kehilangan mata pencarian dan ditahan polis semasa dan selepas Krisis Politik Perak.


Perincian seperti dibawah:
1. Anggota-anggota (lebih kurang 15 orang) yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian kerana berkubu dikediaman Menteri Besar dan bertugas sepanjang krisis politik Perak oleh majikan masing-masing yang bertentangan parti politik.
(ada dikalangan anggota yang hari ini yang terpaksa melakukan kerja mengutip tin minuman dan pelbagai lagi)

2. Anggota-anggota (lebih kurang 20 orang) yang memerlukan perbelanjaan berulang-alik ke mahkamah kerana tuduhan polis kerana bertugas:
a) Kes Tangkapan Saudara Mohd. Sabu di Tol Bukit Tambun, Pulau Pinang
b) Sepanjang krisis politik di Perak
c) Demonstrasi Bersih, Gerakan Mansuh PPSMI dan Gerakan Mansuh ISA

Sumbangan muslimin dan muslimat sekalian akan kami gunakan mengikut kepentingan berikut:
1. Bayaran sewa dan bil-bil jabatan.
2. Kebajikan anggota dan ahli keluarga.
3. Perbelanjaan Kos Menyelenggara Kenderaan dan Aset

Sila ke Portal Rasmi Jabatan Amal Perak untuk mendapatkan butiran akaun atau hubungi terus Bendahari Jabatan Amal Negeri Perak di talian 019-4706524 (Saudara Thahibol)
Bagi semua Penyelaras Kawasan :
Setiap unit amal kawasan diminta menyumbang RM50 setiap kawasan untuk pembayaran sewa rumah amal perak sebelum 30hb pada setiap bulan.
NO. AKAUN (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
JABATAN AMAL PERAK
08013010066347

Tiada ulasan:

Catat Ulasan