Jumaat, 11 September 2009

JAB. AMAL PERAK: KAMI TIDAK WALA' PADA BATANG TUBUH

Mungkin topik diatas adalah sesuatu yang mengejutkan para pembaca.. Namun ianya satu kenyataan yang mana kami di Jabatan Amal Perak harus tegaskan kepada semua barisan kepimpinan baik di Negeri Perak dan Pusat.

Kami anggota-anggota Jabatan Amal Perak hanya wala' kepada JEMAAH iaitu jemaah yang berusaha untuk menjalankan hukum Allah diatas muka bumi ini. Pada hari ini JEMAAH tersebut ialah PAS (Parti Islam Semalaysia), jika satu hari nanti ditakdirkan semua pimpinan PAS mula meninggalkan jalan Allah dan mula mengikut rentak-rentak sekularisme maka kami tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan PAS dan menyertai atau menubuhkan sebuah pertubuhan lain.

Kami wala' kepada arahan dan permintaan kepimpinan PAS Negeri dan Pusat hari ini adalah kerana pangkat dan jawatan yang dipegang adalah pangkat dan jawatan yang diberikan dan diamanahkan oleh JEMAAH kepada pimpinan tersebut. Jika pimpinan tersebut melakukan kesalahan dan kesilapan maka jangan berkecil hati jika kami menegur akan kesalahan dan kesilapan tersebut.

Ingatlah semua anggota Unit Amal Negeri Perak: kita ditarbiyah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Tuan Guru Dato' Harun Din, Tuan Guru Dr. Ismail Kamus, Tuan Guru Daud Iraqi dan pelbagai lagi ulama yang masyur di dalam PAS atau diluar PAS itu sendiri, bahawa wala' itu bukan kepada individu tetapi kepada JEMAAH yang memperjuangkan Islam.

Jika Saidina Umar Al-Khattab yang dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T. sendiri pun pernah ditegur dan diugut dengan pedang supaya jangan lari dari jalan Allah.. Takkanlah barisan kepimpinan kita hari ini lebih mulia dari Saidina Umar Al-Khattab sehingga ditegur dengan baik melalui surat, emel dan sebagainya pun tak boleh..

Kami di dalam Unit Amal Perak bukan sekumpulan pengampu, tetapi sekumpulan manusia yang cuba mencari syahid dan keredhaan Allah S.W.T.

HANYA PENGAMPU AKAN MEMBELAI PEMIMPINNYA DENGAN CERITA-CERITA YANG SEDAP TETAPI PENGIKUT SETIA AKAN SENANTIASA MENEGUR DAN MENGINGATI PEMIMPINNYA AKAN KEREDHAAN ALLAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan