Jumaat, 25 September 2009

NIK ABDUH MEMISAHKAN DIRI DARI TOK GURU?...


Friday, September 25, 2009

Nik Abduh memisahkan diri dari Tok Guru?

Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah,
Adalah saya dengan ini memaklumkan bahawa mulai Ogos 2009, saya dan Maahad Tahfiz NikmatiLlah, Pulau Melaka, Kota Bharu, telah KELUAR daripada syarikat Saffron Integrated Marketing, sebuah entiti perniagaan yang mengeluarkan dan memasarkan produk atas jenama ‘TOK GURU’ sebagai penasihat dan penaung kepada projek sumbangan dana kepada Maahad dan beberapa sekolah ugama yang lain di seluruh negara.

Dengan ini, saya dan Maahad Tahfiz NikmatiLlah tidak boleh lagi dikaitkan dengan perniagaan dan jenama tersebut.

Demi meneruskan kelangsungan usaha murni ini yang telah mendapat sokongan penuh kedua – dua tuan guru ( TGNA dan TGHH ) melalui kesudian melancarkan produk syarikat di Pulau Melaka dan Rusila suatu ketika dulu, serta sokongan padu segenap lapisan masyarakat, di samping kejayaan membantu sekolah – sekolah ugama berkaitan, saya dan rakan – rakan yang prihatin akan memulakan pemasaran produk di atas nama syarikat dan jenama yang baru dalam masa terdekat, insya Allah.

Semoga diberkati Allah. Semoga diperkenan khalayak.

Adalah saya dengan ini memaklumkan.

( nik mohamad abduh bin nik abdul aziz )

Ajijoi ~ Nama produk tok guru kini begitu menjulang tinggi semenjak duta produk, Ustaz Fauzi giat mempromosikan produk tersebut melalui iklan di tv dan juga jualan bergerak bersama SureHeboh dan juga SuaRasa anjuran TV3 dan TV9.

Saya juga sebagai pengguna produk tok guru sekian lama kerana niat bersedekah untuk madrasah-madrasah di Pulau Melaka, Kelantan merasa bangga dengan pencapaian yang diraih oleh produk tok guru ini.Tetapi, mengapa tiba-tiba sahaja Ust Nik Abduh dan juga rakan-rakan yang lain keluar daripada bersama-sama dengan Saffron Integrated Marketing dalam membangunkan produk tok guru?Tentu ada sesuatu yang tidak kena tetapi tidak dijelaskan oleh Ustaz Nik Abduh. Menjaga aib orang lain, agaknya.Jika kisah di bawah ini benar, mungkin persoalan tersebut terjawab dengan sendirinya.

DI PETIK DARI DETIK DAILY- Di post kan oleh – kabinetdabpurNajib Detikdaily.Net Forum Index-BOIKOT produk Tok Guru !!!syarikat saffron intergrated marketing (SIM) ni dulu sebelum tertubuhnya dia mintak kebenaran ustaz nik abduh utk guna nama TOK GURU’ dan nak salurkan dana sebagai perjanjian dgn madrasah pulau melaka dan madrasah2 yg lain, sekarang syarikat tu dok buat untung gila2…dah lebih RM500,000.00 royalty, dia enggan bayar kepada sekolah2 agama tu..tu yg ramai org marah.syarikat penipu!!!tu pasal ustaz nik abduh keluar dari syarikat tu. semua ahli pengarah jemaah produk tok guru pun turut keluar termasuk 3 lagi sahabat mereka. kita tunggu lah ustaz nik abduh akan keluar produk nya sendiri.Perlukah kita turut memboikot produk tok guru tersebut dan beralih kepada produk yang lain? Terpulanglah kepada budi bicara anda semua.

Posted by Azizul Nizam at 6:50 PM

Ihsan Dari Ajijoi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan