Jumaat, 16 Oktober 2009

BANJIR : KG SIPITANG, LENGGONG



16 Okt. 2009 - LENGGONG, sebanyak 30 buah rumah telah dilanda banjir kilat maklumat di dapati dari sumber dalaman Jabatan Amal Negeri Perak dikawasan tersebut. Setiausaha JAM Negeri Perak telah diminta untuk mengerahkan anggota ke kawasan tersebut. Didahului dengan sekumpulan anggota dari Kuala Kangsar dan diketuai oleh Saudara Tauran salah seorang ALP Negeri Perak telah meninjau kawasan tersebut. Segala gerakan membantu mangsa-mangsa banjir telah diaturkan oleh Saudara Tauran dan diselia oleh Timbalan Pengarah 4 Saudara Bunyamin yang juga mewakili Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Semua sahabat-sahabat baik di Perak ataupun di seluruh negara diminta berjaga-jaga kerana musim sekarang adalah musim tengkujuh @ hujan. Diminta semua sahabat memberikan maklumat kepada Jabatan Amal Negeri Perak ditalian 0135083013 (Setiausaha JAM Neg. Perak) jika berlakunya banjir dikawasan-kawasan saudara-saudara sekalian.

NORUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM

RAMALAN KAJICUACA : IHSAN JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Pagi
Negeri/Bahagian/Cuaca

Semenanjung
Selangor, Perak, P.Pinang dan Kedah
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai.
Negeri-negeri lain Tiada hujan.

Sabah
Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai.
WP Labuan Hujan di satu dua tempat.
Bahagian-bahagian lain Tiada hujan.

Sarawak
Semua bahagian Tiada hujan.

Petang
Negeri/Bahagian/Cuaca

Semenanjung
Pahang, Johor, Melaka, N. Sembilan, Selangor, Perak dan Kedah
Ribut petir di satu dua tempat
Negeri-negeri lain Hujan curah/sementara di satu dua tempat.

Sabah
Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Pedalaman
Ribut petir di satu dua tempat.

Bahagian-bahagian lain Hujan curah/sementara di satu dua tempat.

Sarawak
Sibu, Sarikei, Kapit, Sri Aman, Kuching, Samarahan, Betong dan Mukah
Ribut petir di satu dua tempat.

Bahagian-bahagian lain Hujan curah/sementara di satu dua tempat.


Malam
Negeri/Bahagian/Cuaca
Semenanjung
Kelantan dan Pahang Hujan di satu dua tempat.
Negeri-negeri lain Tiada hujan.

Sabah
Sandakan dan Pedalaman Hujan di satu dua tempat.
Bahagian-bahagian lain Tiada hujan.

Sarawak
Semua bahagian Tiada hujan.


Keadaan Laut
Selat Melaka
Utara
0.5-1.0 m
Selatan
1.0-1.5 m

Laut China Selatan
Semenanjung Malaysia
1.0-1.5 m

Sarawak
0.5-1.0 m

Sabah
1.0-1.5 m

Laut Sulu
1.5-2.5 m


Keadaan Angin

Selat Melaka
Utara
B 10-20 km/j
Selatan
BD 20-30 km/j

Laut China Selatan
Semenanjung Malaysia
BD 20-30 km/j
Sarawak
BD 10-20 km/j
Sabah
BD 20-30 km/j

Laut Sulu
BD 30-40 km/j

Tiada ulasan:

Catat Ulasan