Jumaat, 16 Oktober 2009

USTAZ MISBAHUL MUNIR MINTA MERAHKAN BATU GAJAH




15 Okt. 2009- Ustaz Misbahul Munir selaku Pengarah Program Jamuan Aidilfitri PAS Negeri Perak meminta pertolongan semua ahli Jabatan Amal Negeri Perak untuk datang bertugas dimajlis Jamuan Aidilfitri tersebut. Selain itu beliau juga bukan sahaja meminta semua ahli Amal Perak untuk bertugas semata-mata, beliau juga ingin semua ahli Amal bersama-sama hadir ke jamuan tersebut bersama-sama keluarga masing-masing untuk berkenalan sesama sendiri. Ini kerana semua anggota Amal telah berpenat lelah menjalankan tugas baik dari 30 Hari Pertama Krisis Perak sehingga kini. Beliau juga meminta semua ahli Amal untuk memerahkan kawasan Batu Gajah supaya semua rakyat dikawasan Batu Gajah membeliakkan mata mereka melihat kehadiran semua anggota Amal yang berpakaian uniform Amal yang serba merah. "Mari kita merahkan Batu Gajah" dengan keluar dengan sepenuh kekuatan kita supaya seluruh rakyat Batu Gajah dan Perak melihat syiar kita. Jabatan Amal (Unit Amal) adalah duta PAS hari ini, oleh itu semua ahli Amal Perak turun jangan tak turun. Anda dengan segala hormatnya dijemput..Dijemput juga semua ahli Amal seluruh negara yang berkelanpangan.


TURUN JANGAN TAK TURUN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan