Isnin, 16 November 2009

KURSUS ASAS KEMAHIRAN AMAL (KAKA) TAHAP 1 SIRI 2

Pada Disember akan datang kami di pihak JAMNPerak akan menjalankan sekali lagi kursus KAKA yang tertangguh pada Jun yang lalu kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kursus KAKA kali ini akan diwajibkan kepada semua saf kepimpinan kawasan. Surat arahan akan diposkan kepada kawasan masing dalam masa yang terdekat namun kepada yang lebih advance sila download dari laman komuniti untuk mendapatkan segala maklumat dengan lebih cepat.

Untuk pengetahuan komander-komander kawasan yang belum membuka akaun didalam laman web komuniti Jabatan Amal Perak sila berbuat demikian supaya tuan-tuan mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini dan lengkap.

Sila telefon Setiausaha untuk membuka akaun tersebut jika tidak akaun anda akan di'ban' oleh SU secara online. Antum semua diminta menelefon SU sebelum membuka akaun tersebut dan selepas selesai membuka akaun di dalam laman tersebut. Diperingatkan jangan bubuh nama yang mengarut-ngarut.. Nanti kena 'ban' marah pulak..

Jangan takut pada manusia..takut pada Allah...

KLIK DI LAMAN INTERAKTIF JABATAN AMAL NEGERI PERAK DIKANAN BLOG INI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan