Ahad, 15 November 2009

PERJUMPAAN SEMUA ALP DAN KOMANDER KAWASAN BERSAMA PESURUHJAYA PAS PERAK


16 November 2009 - Tarikh 17 November 2009 (8 malam) akan menjadi satu tarikh bersejarah bagi Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dan Pesuruhjaya yang baru dilantik pada Muktamar yang lalu iaitu Ustaz Abu Bakar. Inilah kali pertama satu perjumpaan yang diaturkan oleh Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak supaya saf kepimpinan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dapat bertemu muka bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Perak bagi membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dan bagaimana pejabat perhubungan dapat membantu Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak untuk lebih maju kehadapan. Kami di dalam saf kepimpinan JAMNPerak akan membawa beberapa kertas kerja untuk dimajukan kepada Pesuruhjaya PAS Perak supaya cita-cita kami melihat JAMNPerak akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah setaraf dengan unit-unit beruniform yang lain seperti JPA3, PBSMM dan sebagainya.

Oleh yang demikian semua ALP dan Komander Kawasan anda diwajibkan hadir dan bawa bersama kertas kerja, laporan dan permasalahan dikawasan masing-masing untuk dimajukan kepada Pesuruhjaya untuk pertimbangan dan tindakan sewajarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan