Selasa, 20 Oktober 2009

JABATAN AMAL NEGERI PERAK PERLU TAMBAH PERALATAN DAN ANGGOTA MEDIK



18 oKTOBER 2009

Timbalan Pengarah 1 Arif bin Shara'ani sebagai Ketua Operasi Keselamatan Program Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Perak menyatakan Jabatan Amal Perak perlu tindakan drastik untuk menambahkan peralatan dan anggota medik yang berpengalaman kerana jika keadaan memerlukan kita perlu peralatan dan anggota yang cukup. Sebagai contoh di Majlis Sambutan Aidilfitri yang dijalankan di Arena Square, Batu Gajah seramai lebih dua ratus orang yang bertali arus berbaris untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dari salah seorang anggota medik yang berbekalkan sebuah mesin memeriksa tekanan darah tinggi. Sebanyak dua kali En. Abdul Rahim (Ketua Jurulatih-Amal Taiping) terpaksa bergegas untuk ke kedai terdekat kerana mesin tersebut kehabisan bateri. Ini menunjukkan sudah tiba masanya Jabatan Amal Perak bergerak lebih pantas dan efisien selaras dengan perkataan AMAL tersebut. Jabatan Amal Perak perlu lebih 'up to date' bukan lagi hanya golongan yang menjalankan kerja-kerja menjaga parking, lalulintas, menghantar bantuan bencana, membersihkan rumah selepas banjir dan sebagainya. Jabatan Amal Perak perlu ke hadapan dengan peralatan menyelamat, medik dan anggota yang berpengalaman. Oleh itu kami di Jabatan Amal Perak meminta sokongan dan sumbangan baik dari segi kewangan dan tenaga ajar untuk latihan anggota dan penambahan peralatan kami.

Kami mengalu-alukan kepada semua yang berpengalaman di dalam bidang-bidang dan individu-individu seperti dibawah :
1. Kejurulatihan Kawad Kaki
2. Kejurulatihan Bomba dan Penyelamat
3. Kejurulatihan Paramedik dan Pertolongan Cemas
4. Pesara ATM
5. Pesara Bomba dan Penyelamat
6. Pesara Pembantu Perubatan
7. Pembantu-Pembantu Perubatan
8. Doktor-Doktor Perubatan

untuk menyertai kami di dalam Jabatan Amal Perak, kami amat memerlukan kepakaran anda sekalian.


Untuk Sumbangan Sila Hubungi:

Kewangan : Bendahari Jabatan Amal Negeri Perak : Thahibol - 0194706524

Kepakaran: Timbalan Pengarah 1 : Arif - 0134213636

Tiada ulasan:

Catat Ulasan