Khamis, 5 November 2009

JABATAN AMAL PERAK (UNIT AMAL PERAK) : THE SILENT HERO


Berlakunya dua insiden yang mana seolah-olah berturut-turut di Kampar, Perak. Seolah-olah Kampar adalah satu tempat gelanggang yang Allah berikan kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak untuk menunjukkan syiarnya. Pada kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar seramai 20 oarang anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak (Unit Amal Perak) yang bertukar ganti secara 2 syif telah membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mana pada mulanya tidak disenangi beberapa pegawai bomba yang berpangkat tinggi.

Namun apabila ditegaskan oleh Setiausaha Amal Negeri Saudara Norul Rizal yang tiba pada pukul 12.30pagi kepada salah seorang pegawai bomba yang bertugas yang bahawa kehadiran Unit Amal Perak hanyalah membantu dari sudut tenaga dan peralatan yang mana 2 buah bot sedang dalam perjalanan maka pegawai bomba terbabit agak lentur kemarahannya. Setelah beberapa anggota yang diketuai Saudara Dahari dan Saudara Mazlan dari Unit Amal Tapah menegakkan khemah Unit Amal Perak kami dengan segera menolong anggota-anggota bomba untuk menegakkan khemah operasi bomba dan menurunkan beberapa buah bot bomba termasuk menolak dan mengubah semua peralatan seperti mesin jenerator dan sebagainya bagi melancarkan semua tugas-tugas menyelamat.. "Pada kami, kami hanya ingin melancarkan segala tugas, itu sahaja.." kata SU kepada salah seorang Pegawai Bomba. Pada pukul 8.40pg ke 9.00pg salah seorang anggota Unit Amal Kuala Dipang telah menemui mayat mangsa kanak-kanak perempuan pertama namun adakah kami ingin akan publisiti?.. Tidak.. Nama Unit Amal tidak langsung disebut baik oleh media massa kerajaan atau pun Harakah sendiri... Bahkan tidak langsung oleh mana-mana bloggers atau laman blog pimpinan PAS..

Pada kejadian kedua di Batu Berangkai, sekali lagi Allah memberikan peluang kepada kami untuk menunjukkan syiar kami sebagai sebuah unit beruniform yang berteraskan Islamiah dan selaras dengan Motto kami AMALLULILLAH seramai lebih dari 15 orang anggota yang tiba terus menolong menyusuri sungai untuk operasi mencari dan akhirnya berjumpalah dengan mayat mangsa.. sekali lagi kami tidak juga di "Highlight" di dalam mana-mana surat khabar atau pun mana-mana blog.. Sememangnya kami menjalankan semua tugas tanpa mengharapkan balasan.

Namun yang kami hairan media massa yang milik PAS sendiri pun tak mewar-warkan kebaktian sayap beruniformnya. Kami memohon semua sukarelawan dari pelbagai kepakaran dan bidang untuk menyertai kami..

Tetapi jangan harapkan pujian, penghormatan dan penganugerahan....

Mungkin inilah yang dikatakan oleh Ulama' :

"Jangan Kamu Harapkan Kepada Manusia, Harapkan Sahaja Kepada Allah.."

Kepada semua anggota Unit Amal Perak..

FROM THE BOTTOM OF MY HEART... I SALUTE YOU...

TAKBIR.....

CALON ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG AMAL PERAK:
1. MOHAMAD ZARITH IZWAN BIN ABDUL RAZAK
NO. KP : 900616-08-5289
KG. BARU, KUALA DIPANG 31850 JERAM, KAMPAR, PERAK
(UNIT AMAL KUALA DIPANG)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan