Selasa, 20 Oktober 2009

Sambutan Aidilfitri Pas Perak Meriah Sungguh

Sunday, October 18, 2009

Sambutan Aidilfitri Pas Perak: Kehadiran melangkaui jangkaan
Sambutan Aidilfitri Pas Perak yang diadakan di Arena Square, Batu Gajah telah menerima kunjungan yang hebat daripada orang ramai yang pelbagai kaum.Jangkaan kehadiran sebanyak 6,000 orang telah tersasar apabila lebih daripada 10,000 orang yang bertali arus mengunjungi Arena Square tanpa henti sehingga jam 3 petang.Jamuan yang bermula jam 11.30 pagi telah kehabisan makanan yang diperuntukkan untuk 10,000 orang seawal 1.30 tengahari lagi. Makanan tambahan berupa bihun sup terpaksa dimasak disitu oleh Ust Faisol bagi tidak menghampakan kunjungan ramai yang tanpa henti daripada seluruh pelusuk negeri Perak.Pimpinan Pas Perak yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Hussein amat berbesar hati dengan sokongan serta kunjungan orang ramai ke majlis hari raya yang dianjurkan disitu. Ini merupakan petanda bahawa Pas dan Pakatan Rakyat masih menjadi pilihan rakyat Perak.


Ihsan : Ajijoi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan