Ahad, 8 November 2009

PENSTRUKTURAN SEMULA ORGANISASI DAN PENDAFTARAN AHLI


8 NOVEMBER 2009-Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak Saudara Zamarul Aini Bin Abdul Malek mengarahkan semua Komander Kawasan untuk bergerak secara aktif untuk menyelesaikan segala data dan dokumen berkaitan Penstrukturan Semula Organisasi dan pendaftaran ahli yang mana mendatangkan masalah kepada Setiausaha Saudara Norul Rizal yang tidak mendapat menjalankan segala kerja-kerja tersebut dengan lancar kerana tiada kawasan lagi yang menghantar segala data dan dokumen kepada beliau.

Komander-komander kawasan diarahkan supaya lebih peka dan aktif memnyelesaikan masalah ini. Pendaftaran ahli baru dan penstrukturan semula organisasi ini atas arahan Jabatan Amal Malaysia Pusat dan sepatutnya selesai pada 1 November yang lepas namun setelah surat peringatan dikeluarkan masih 23 kawasan belum bergerak dan gagal menghantar dokumen dan data tersebut.

"Tuan-tuan. kita menjalanakan tugas sememangnya tiada ganjaran dan gaji yang membalasnya namun ia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jangan kerana perkara tersebut pula akan menyebabkan kita dicampakkan ke neraka..."

Al-Quran mempunyai ayat-ayat yang pelbagai.. ada ayat yang berupa berita baik dan lembut namun ia juga ada ayat yang berupa peringatan keras.. Oleh yang demikian janganlah tuan-tuan berasa hati akan kata-kata kami yang kadang-kadang seperti peringatan keras..

BUKAN SENANG NAK MASUK SYURGA..

SEMOGA SEGALA PENGORBANAN TUAN-TUAN DIBALAS SETIMPAL DI HARI AKHIRAT..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan